2024-08-14 berita.rtm.gov.my HaiPress

SWCorp Melaka bersama SWM Enviroment Sdn Bhd menjalankan bantuan kerja-kerja pembersihan pasca banjir di Taman Bandar baru Masjid Tanah,Taman Masjid Tanah Ria dan Pekan Masjid Tanah yang terjejas baru-baru ini/FB SWCorp Melaka
MELAKA,14 Ogos- Jumlah penduduk terjejas banjir di Alor Gajah semakin berkurangan pagi ini apabila hanya 32 mangsa daripada 11 keluarga masih berada di dua pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah itu pada 7.00 pagi ini berbanding 50 mangsa daripada 15 keluarga petang semalam.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Melaka,Lt Kol (PA) Kamarulsyah Muslim berkata,sebanyak 21 orang daripada tujuh keluarga berlindung di PPS Pejabat Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (Japerun) Ayer Limau.
"PPS Balai Raya Seri Jeram pula menempatkan 11 orang daripada empat keluarga," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata setakat ini,empat kawasan masih terjejas dengan baniir yang melanda dari Ahad lepas membabitkan Kampung Seri Jeram,Kampung Teluk Berembang,Kampung Titian Bintangor dan Kampung Pengkalan Pauh.
Keadaan cuaca dilaporkan cerah pagi ini dan tiada jalan ditutup kepada kenderaan. -BERNAMA
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur