2024-08-14 berita.rtm.gov.my HaiPress

Kemalangan membabitkan dua kenderaan yang mengorbankan seorang bayi lelaki di Jalan Kampung Paris 2,Kinabatangan tengah malam tadi/ Foto: JBPM
KINABATANGAN,14 Ogos- Seorang bayi lelaki maut manakala ibu bapanya parah dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan lain di Jalan Kampung Paris 2,di sini,tengah malam tadi.
Kemalangan itu turut menyebabkan empat lagi parah dan dipercayai mempunyai hubungan kekeluargaan.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan,Penolong Penguasa Bomba,Azlan Shah Jamalludin,berkata kemalangan yang berlaku pada 12.38 tengah malam itu membabitkan dua kenderaan iaitu Toyota Hilux bertembung dengan Proton X50.
"Sejurus menerima panggilan kecemasan,seramai lapan orang anggota dan sebuah jentera FRT bergegas ke lokasi kejadian dalam jarak 53 kilometer.
"Terdapat enam mangsa tersepit dalam kereta Proton X50 dan pasukan bomba bertindak mengeluarkan semua mangsa dan menyerahkan kepada pihak ambulans untuk dihantar ke hospital berdekatan bagi mendapatkan rawatan lanjut," katanya.
Menurut Azlan,seorang bayi di dalam kereta Proton X50 disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Ujarnya,mayat bayi itu diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi ditamatkan pada pukul 4.15 pagi.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur