2024-08-14 berita.rtm.gov.my HaiPress

Jenazah bekas Mufti Negeri Sembilan,Datuk Mohd Yusof Ahmad selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Makam Tuan Sheikh Hj Mohd Said,Sikamat.
SEREMBAN,14 Ogos- Jenazah bekas Mufti Negeri Sembilan,Sikamat di sini pada 8.30 pagi.
Terdahulu,jenazah di bawa ke Masjid Kariah Taman Marida untuk dikafankan dan Masjid Negeri Seremban untuk solat jenazah kali kedua.
Solat jenazah diimamkan oleh Mufti Kerajaan Negeri Sembilan,Profesor Madya Dr Faudzinaim Badaruddin pada 7.40 pagi.
Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir berkenan memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham dan turut serta menunaikan solat jenazah.
Hadir sama,Tunku Besar Tampin,Tunku Syed Razman Tunku Syed Idrus Al-Qadri dan Menteri Besar Negeri Sembilan,Datuk Seri Aminuddin Harun.
Allahyarham meninggal dunia di kediamannya di Taman Marida,Senawang di sini pada 7.43 malam tadi,pada usia 79 tahun akibat komplikasi barah hati.
Mohd Yusof dilantik sebagai Mufti keempat kerajaan Negeri Sembilan menggantikan Datuk Mohd Murtadza Ahmad pada 1 April 2009.
Allahyarham yang juga penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah Negeri Sembilan pada 2005 meninggalkan seorang isteri Datin Pahariah Jamaludin dan enam anak iaitu tiga lelaki dan tiga perempuan serta 20 cucu.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur