2024-08-14 berita.rtm.gov.my HaiPress

Pasukan penyelamat melakukan operasi carilamat hari keempat dua mangsa bot karam di perairan Kemaman
KEMAMAN,14 Ogos- Operasi mencari dan menyelamat (carilamat) dua mangsa bot karam di perairan Kemaman hari ini diteruskan bermula pukul 7.00 pagi tadi.
Pengarah Zon Maritim Kemaman,Komander Maritim Ariffin Ghazali berkata,operasi yangmemasuki hari keempat itu melibatkan bot peronda milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Terengganu dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Terengganu membabitkan 27 pegawai dan anggota.
Pasukan Skuadron Selam di bawah kendalian Pasukan Tindakan Khas dan Penyelamat Maritim Malaysia juga akan meneruskan pencarian mangsadi sekitar kawasan kejadian.
Ariffin berkata,pencarian hari ini tidak mengguna aset udara.
Ahad lepas,sebuah bot nelayan yang membawa sembilan individu termasuk tekong untuk mencandat sotong dan memancing,karam selepas dilanggar tongkang.
Lima daripada sembilan mangsa terselamat,dua mangsa ditemukan lemas,manakala dua lagi masih hilang iaitu Aina Husna Mohamad Husaini,25,dan Yusof Kassam,66.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur