2024-08-14 berita.rtm.gov.my HaiPress

FOTO RTM
LIMA,14 Ogos- Penyertaan Malaysia ke Mesyuarat Menteri-Menteri Tenaga (EMM) Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) bagi tahun 2024 kali ke-14 merupakan langkah penting dalam memperkasa agenda hijau negara.
Jelas Timbalan Pengarah Institut Penyelidikan Tenaga Suria (SERI) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM),Profesor Madya Dr. Norasikin Ahmad Ludin input daripada EMM dapat dimanfaatkan sepenuhnya untuk menambah baik strategi dalam setiap pelan hala tuju berkaitan termasuk Pelan Tindakan Kecekapan Tenaga (NEEAP) 2.0 yang sedang disediakan.
"EMM juga platform mengetengahkan aspirasi negara berhubung peralihan tenaga yang adil,saksama dan inklusif. Ia seperti ditekankan dalam Resolusi Persidangan Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) Mengenai Perubahan Iklim 1992," katanya kepada RTM.
EMM APEC Ke-14 akan membuka tirainya pada Jumaat ini di Pusat Konvensyen Lima,di sini,Peru.
Delegasi Malaysia diketuai Timbalan Perdana Menteri,Datuk Seri Fadillah Yusof merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air.
Di luar mesyuarat selama dua hari itu,beliau dijadual bertemu rakan sejawatannya dari beberapa negara.
"Ruang berinteraksi secara bersemuka memudahkan perbincangan ke arah menjalin kerjasama strategik dan pintar dengan penekanan kepada inovasi teknologi.
"Langkah itu berupaya mempercepat usaha menjadikan bumi lebih hijau yang diidam-idamkan kesemua 21 ekonomi APEC",jelasnya lagi.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur