2024-08-14 berita.rtm.gov.my HaiPress

Ketua Pesuruhjaya SPRM,Tan Sri Azam Baki
KUALA LUMPUR,14 Ogos- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberikan tempoh tambahan satu bulan kepada dua anak bekas Perdana Menteri,Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk mengisytiharkan harta mereka.
Ketua Pesuruhjaya SPRM,Tan Sri Azam Baki memaklumkan kedua-dua mereka masih mempunyai tempoh sehingga pertengahan September depan untuk berbuat demikian.
"Kita telah memberi tempoh terakhir kepada kedua-duanya untuk mengisytiharkan harta. Tidak silap saya,tempoh tu bakal berakhir pada pertengahan bulan September."
"Ia adalah keputusan terakhir saya kepada mereka untuk mengisytiharkan harta kepada SPRM. Selepas pengisytiharan itu,nanti saya akan maklumkan perkembangan terbaharu," kata Tan Sri Azam kepada pemberita.
Beliau ditemui selepas merasmikan Program Inisiatif Pencegahan Rasuah Melalui Pemerkasaan Amalan Perakaunan dan Pengauditan di ibu negara.
Mei lalu,SPRM bersetuju untuk memberi tempoh lanjutan kepada kedua-duanya iaitu Mirzan Mahathir dan Tan Sri Mokhzani Mahathir untuk mengisytiharkan harta masing-masing.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur