2024-08-14 berita.rtm.gov.my HaiPress

Foto Hiasan
KUALA LUMPUR,14 Ogos - Ringgit terus meningkat berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pagi ini berikutan jangkaan penurunan kadar faedah di AS dalam keadaan data tempatan yang semakin baik,kata penganalisis.
Pada 8 pagi,ringgit meningkat kepada 4.4380/4500 berbanding dolar AS daripada 4.4440/4505 semasa ditutup semalam.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata prestasi ringgit optimis di tengah-tengah jangkaan pengumuman data Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang lebih baik bagi suku kedua 2024 yang akan diumumkan Jumaat ini.
Mengenai Indeks Harga Pengeluar (IHPR) AS,Mohd Afzanizam berkata ia lebih rendah berbanding jangkaan iaitu 2.2 peratus pada Julai berbanding anggaran konsensus 2.3 peratus dan 2.7 peratus pada bulan sebelumnya.
Sementara itu,IHPR teras turut menyusut kepada 2.4 peratus daripada 3.0 peratus sebelumnya.
“Keadaan sedemikian menunjukkan trend disinflasi sedang berlaku dan tidak lama lagi,inflasi akan mencapai sasaran dasar Rizab Persekutuan sebanyak 2.0 peratus,” katanya kepada Bernama.
Sehubungan itu,Indeks Dolar AS (DXY) susut 0.50 peratus kepada 102.624 mata manakala hasil Perbendaharaan AS untuk tempoh dua tahun dan 10 tahun masing-masing turun sembilan dan enam mata asas kepada 3.93 peratus dan 3.84 peratus,katanya.
Mohd Afzanizam berkata,justeru,ringgit berbanding dolar AS boleh bergerak menuju paras sokongan RM4.40.
Sementara itu,ringgit diniagakan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.
Ia menyusut berbanding euro kepada 4.8796/8928 daripada 4.8520/8591 semasa ditutup semalam,rendah berbanding yen Jepun kepada 3.0193/0278 daripada 3.0053/0099 dan berkurangan berbanding pound Britain kepada 5.7095/7249 daripada 5.6839/6922 sebelumnya.
Ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang Asean.
Mata wang tempatan lebih tinggi berbanding rupiah Indonesia kepada 280.3/281.1 daripada 280.6/281.1 dan kukuh berbanding peso Filipina kepada 7.79/7.81 daripada 7.80/7.81 sebelumnya.
Bagaimanapun,ia susut berbanding dolar Singapura kepada 3.3693/3786 daripada 3.3590/3642 dan berkurangan berbanding baht Thailand kepada 12.6655/7081 daripada 12.6351/6578 sebelum ini.- BERNAMA
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur