2024-08-15 berita.rtm.gov.my HaiPress

Foto BERNAMA
PUTRAJAYA,14 Ogos- Pelan komprehensif,sedang dilaksana bagi menambah baik jaringan pengangkutan awam selain,penekanan khusus kesalinghubungan di Lembah Klang.
Menteri Ekonomi,Rafizi Ramli berkata tiga aspek utama dalam pengangkutan awam disasar,masing-masing perkhidmatan bas,rangkaian rel dan ketersambungan ‘first and last mile’.
"Untuk perkhidmatan bas,usaha akan meliputi pengembangan ketersambungan dan liputan,peningkatan ketersediaan dan konsistensi serta mempertimbang untuk meluaskan lagi lorong khas sedia ada."
"Sekarang ini,ada yang telah melalui projek rintis di beberapa laluan utama. Jadi,pelaburan akan datang adalah untuk menskalakan lorong-lorong khas bas ini di seluruh Kuala Lumpur," kata Rafizi dalam sidang media di Putrajaya,hari ini.
Kerajaan turut akan menaik taraf hentian bas,laluan pejalan kaki dan memperkenalkan "Demand Responsive Transit (DRT)".
Di samping itu,mengemas kini perancang perjalanan bersepadu serta pilihan mikromobiliti bagi memastikan ketersambungan lebih lancar dan cekap.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur