2024-08-15 berita.rtm.gov.my HaiPress

Lampu kepala,dua buah lampu suluh,kipas tangan,segugus kunci,pengecas telefon milik Aina Husna Mohamad Husaini ditemukan
KEMAMAN,14 Ogos- Operasi penyelaman di sekitar lokasi kejadian bot karam di perairan Kemaman hari ini menemukan sebuah beg sandang berwarna hitam milik mangsa yang masih hilang,Aina Husna Mohamad Husaini,25 tahun.
Timbalan Pengarah Operasi Zon Maritim Kemaman Leftenan Maritim Muhamad Faisal Abdul Rahim berkata,beberapa barangan peribadi milik Aina ditemukan dalam beg berkenaan.
Antara barang yang ditemukan ialah lampu kepala,pengecas telefon.
Selain itu turut ditemukan di lokasi kejadian ialah sebatang kayu cota dan sebiji pinggan milik tekong bot.
"Kesemua barangan itu ditemui di dasar laut pada kedalaman kira-kira 30 meter itu telah disahkan oleh bakal tunang Aina Husna,iaitu Muhammad Nor Iqbar Shaharuddin,27 tahun dan tekong bot Saipul Ridzuan Osman,50 tahun," kata Muhamad Faisal.
Penemuan berkenaan berpandukan lokasi diberi tekong bot yang dilengkapi teknologi 'sounder' bagi mengesan objek dan lokasi kejadian.
Bagaimanapun pihaknya masih belum menemukan sebarang petanda kedudukan bangkai bot terbabit.
Dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 pagi Ahad lalu,bot dinaiki sembilan individu termasuk dua tekong sedang memancing karam selepas dipercayai dilanggar sebuah tongkang.
Tragedi itu,mengorbankan dua individu iaitu Siti Zamimah Mohman Zobini,29 tahun berasal dari Selayang,Selangor dan tekong tempatan,Sharil Ismail,50 tahun.
Sementara itu,Aina Husna dan seorang lagi mangsa merupakan pesara polis,Yusof Kassam 66 tahun masih hilang dan lima yang lain terselamat.
USTEU will showcase its full scenario charging solution at ENERtec ASIA 2026 in Malaysia
GSF 2.0: Malaysia-Turkiye bekerjasama bawa pulang 29 rakyat Malaysia
Perhebat usaha diplomatik, bebas 29 rakyat Malaysia ditahan Israel
535 warga kerja sektor penyiaran dan komunikasi terima APC
RUU warga emas dibentang pada sesi parlimen akan datang
Wanita maut, anak parah dirempuh lori
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur