2024-08-15 berita.rtm.gov.my HaiPress

Foto Facebook Datuk Seri Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR,14 Ogos- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan surat pelantikan Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur (DBKL) baharu bermula esok.
Anwar menerusi satu hantaran di Facebook berkata,pelantikan tersebut mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim selaras Subseksyen 4(2),Akta Ibu Kota Persekutuan 1960.
"Saya percaya,beliau adalah individu yang layak untuk menggalas amanah mengemudi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berdasarkan pengalaman selama hampir empat dekad dalam perancangan bandar dan pembangunan komuniti tatkala mengetuai pelbagai institusi sama ada di dalam mahupun luar negara.
"Ini termasuk pengalamannya sebagai Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Seberang Perai,serta pernah menjadi Presiden Persatuan Pihak Berkuasa Tempatan Malaysia (MALA)," katanya.
Anwar turut bangga dengan pencapaian Maimunah yang pernah memegang jawatan sebagai Pengarah Eksekutif Persidangan Program Penempatan Manusia Pertubuhan Bangsa Bersatu (UN-Habitat) yang berpusat di Nairobi,Kenya dan merupakan satu-satunya wanita Asia yang memegang jawatan itu.
"Moga pengalaman hebat yang dimiliki ini akan digunakan untuk memperbaiki taraf kehidupan warga Kuala Lumpur serta mengangkat imej,reputasi dan martabat bandaraya ini ke peringkat lebih tinggi,Insya-Allah," tambahnya lagi.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur