2024-08-15 berita.rtm.gov.my HaiPress

Penyerang Real Madrid,Kylian Mbappe menjulang trofi Piala Super UEFA selepas menundukkan Atalanta di Stadium Nasional,Warsaw awal pagi tadi./Foto REUTERS
WARSAW,15 Ogos-Kylian Mbappe membuktikan kehebatannya pada penampilan pertamanya dengan Real Madrid apabila berjaya menjaringkan satu gol sekali gus membantu pasukan itu menjuarai Piala Super UEFA menentang Atlanta awal pagi tadi.
Pada perlawanan yang dilangsungkan di National Stadium Warsaw,Poland itu,pasukan bimbingan Carlo Ancelotti menang 2-0.
Bintang Perancis berusia 25 tahun itu menyertai Real Madrid pada musim panas ini selepas kontraknya dengan Paris Saint-Germain (PSG) tamat.
Pada perlawanan itu,Mbappe mudah menyempurnakan hantaran daripada Jude Bellingham dan menyumbat gol pada minit ke-68.
Terdahulu,Fede Valverde berjaya menjaringkan pada minit ke-59.
Keputusan tersebut menyaksikan Real Madrid memenangi Piala Super buat kali keenam.-AFP
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur