2024-08-15 berita.rtm.gov.my HaiPress

Foto: JBPM Perak
IPOH,15 Ogos - Seorang wanita dan anak perempuannya maut dalam perjalanan ke sekolah selepas kereta dinaiki mereka berlanggar dengan sebuah kenderaan jenis MPV di Jalan Kuala Kangsar-Manong,Kuala Kangsar pagi tadi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak,Sabarozi Nor Ahmad berkata nahas turut membabitkan seorang lagi kanak-kanak perempuan yang duduk di bahagian tempat duduk belakang dan hanya mengalami cedera ringan.
“Kemalangan kira-kira 7 pagi itu melibatkan dua buah kenderaan iaitu sebuah kereta jenis Honda City berlanggar dengan sebuah kenderaan jenis MPV Toyota Vellfire yang membabitkan tiga orang mangsa yang menaiki kereta Honda City.
"Seorang wanita dewasa (pemandu) dan seorang kanak-kanak perempuan yang tersepit di tempat duduk penumpang bahagian hadapan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM)," katanya dalam kenyataan.
Menurut Sabarozi,pemandu Toyota Vellfire tidak mengalami sebarang kecederaan dan anggota bomba melakukan kerja-kerja penyelamatan untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit.
Ujarnya,mangsa yang cedera telah diserahkan pada pihak KKM untuk menerima rawatan manakala mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
Operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II Muhammad Khalid Mohd Idris itu tamat pada 9.10 pagi.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur