2024-08-15 berita.rtm.gov.my HaiPress

Fadillah Yusof
LIMA,15 Ogos- Kerjasama erat antara Malaysia dengan negara-negara anggota ASEAN penting bagi meningkatkan pelaburan dalam sektor tenaga boleh baharu negara.
Jelas Timbalan Perdana Menteri,Datuk Seri Fadillah Yusof,Malaysia mempunyai potensi besar dan sumber mencukupi untuk dimanfaatkan pelabur.
"Sebab itu banyak negara mahu melabur di Malaysia tetapi kita perlukan negara lain untuk melabur di Malaysia bukan saja bidang-bidang 'downstream' (hiliran) tapi dalam konteks membekalkan tenaga,'the transmission line' (talian penghantaran),semua 'investment' (pelaburan) itu besar. Sebab itu kita perlu jalin hubungan dalam kalangan negara-negara ASEAN.
"Kalau kita sama-sama boleh melabur dalam bidang-bidang baharu,insya-Allah bukan saja Malaysia,tapi ASEAN itu sendiri akan jadi sebuah negara kuat seperti 'European Union' (Kesatuan Eropah)," Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air memaklumkannya pada sidang media selepas Majlis Makan Malam bersama Diaspora Malaysia di Lima.
Tambahnya,peluang menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri Tenaga (EMM) APEC 2024 akan dimanfaat untuk meneroka pendekatan negara lain berhubung sektor tenaga boleh baharu.
Ini termasuk model kewangan dan pembiayaan dalam pelaburan berkaitan.
EMM APEC 2024 berlangsung dua hari mulai esok di Pusat Konvensyen Lima.
Dalam pada itu,Fadillah berkata Malaysia sedia membekalkan tambahan 100 megawatt tenaga hidro boleh baharu kepada Singapura,jika diperlukan.
Ia dilaksana menerusi Projek Integrasi Tenaga Laos-Thailand-Malaysia-Singapura (LTMS-PIP).
Tambahnya,perkara mengenai perkara itu akan dibincangkan beliau bersama Menteri Kanan Singapura,Low Yen Ling.
Perbincangan dijadual berlangsung di luar Mesyuarat EMM APEC 2024.
Fokus turut terarah kepada perbincangan mengenai pelanjutan LTMS-PIP.
"Ini bukan mengenai Singapura mahu membeli lebih banyak,sebaliknya tentang usaha membantu negara-negara ASEAN.
"Terdapat keperluan untuk pelaburan baharu dan ia menuntut permintaan tenaga yang baharu,namun,cabarannya ialah berkaitan tenaga bersih dan boleh baharu," katanya.
LTMS-PIP bermula 2022 hingga tahun ini,membabitkan import hingga 100 megawatt tenaga hidro boleh baharu.
Ia perdagangan elektrik rentas sempadan berbilang peringkat yang pertama membabitkan empat negara ASEAN.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur