2024-08-15 berita.rtm.gov.my HaiPress

Foto Fail
KUALA LUMPUR,14 Ogos- Bank Negara Malaysia (BNM) mengenakan Penalti Monetari Pentadbiran (AMP) terhadap Maybank dan CIMB berikutan ketidakpatuhan Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 dan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013.
Ketidakpatuhan itu telah menyebabkan gangguan berpanjangan beberapa perkhidmatan perbankan.
Kedua-dua institusi perbankan itu dikenakan penalti berkenaan pada 29 Julai lalu.
Ia melibatkan penalti berjumlah RM4.32 juta terhadap Malayan Banking Berhad dan Maybank Islamic Berhad.
Maybank telah pun melunaskan penalti tersebut pada 8 Ogos lalu manakala,CIMB yang berdepan penalti RM760,000 telah membuat bayarannya Isnin lalu.
Keputusan mengenakan AMP dibuat setelah mempertimbangkan faktor-faktor penyebab dan pengurangan yang relevan.
Itu termasuk kegagalan mengambil langkah wajar untuk mengurangkan insiden masa terhenti dan mengelakkan ketidakpatuhan.
Selain itu,tahap keseriusan ketidakpatuhan,termasuk impak gangguan perkhidmatan terhadap pelanggan dan pihak lain yang berkenaan.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur