2024-08-15 berita.rtm.gov.my HaiPress

Foto Hiasan
KUALA LUMPUR,15 Ogos- Kadar jangka pendek diunjurkan kekal stabil pada Khamis,disokong operasi Bank Negara Malaysia (BNM) yang akan menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Mudah tunai semasa dianggarkan berjumlah RM28.91 bilion dalam sistem konvensional dan RM25.76 bilion dalam dana Islam.
Bank pusat akan menawarkan satu tender repo berbalik RM1.5 bilion bagi 33 hari.
BNM juga mengumumkan ketersediaan kemudahan repo berbalik,perjanjian jual dan beli semula serta murabahah komoditi bercagar dengan tempoh satu bulan dan tiga bulan.
Pada 4 petang,BNM akan melaksanakan tender semalaman konvensional bagi RM30.4 bilion dan tender semalaman murabahah untuk RM25.8 bilion. -BERNAMA
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur