2024-08-16 berita.rtm.gov.my HaiPress

Fahmi Fadzil
PUTRAJAYA,15 Ogos- Keselesaan pengunjung yang menyaksikan sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos ini diberi keutamaan,kata Menteri Komunikasi,Fahmi Fadzil.
Ia apabila jumlah kapasiti tempat duduk awam bertingkat di Dataran Putrajaya akan ditambah.
Selain itu,pemasangan lebih banyak skrin LED bersaiz besar turut dipasang di beberapa tempat sepanjang jalan menghala ke arah Dataran Putrajaya.
"Secara umumnya kalau tak silap saya ia adalah 'double' (berganda) jumlah tahun lalu.. LED kita akan ada sepanjang laluan perarakan ..kalau tak silap saya sekurang kurangnya 14 skrin boleh ditonton oleh orang yang datang sekitar kawasan itu," kata Fahmi kepada media selepas menghadiri Majlis Sumbangan Penajaan oleh Rakan Strategik Hari Kebangsaan Hari Malaysia (HKHM) 2024 di sini.
Dalam pada itu,Fahmi berkata tidak timbul sebarang isu mengenai parti komponen Kerajaan Perpaduan yang tidak dijemput menghadiri Perhimpunan Agung UMNO 2024 yang bermula minggu hadapan.
Fahmi yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata pihaknya menghormati keputusan dan pendirian yang dibuat UMNO mengenainya.
"Tiada masalah..sebab kita bertemu hampir setiap hari. Jadi tiada sebarang isu dan kita hormat sebarang keputusan yang dibuat," kata Fahmi.
Sementara itu,mengenai semakan semula keputusan pembatalan perintah larangan terhadap penerbitan komik berjudul 'Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama',Fahmi berkata Kabinet belum berbincang mengenai perkara tersebut.
"Kita belum bincang lagi perkara ini dalam Jemaah Menteri,jadi saya tak boleh tambah sebab belum dibincangkan..kita hormat keputusan mahkamah," katanya.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur