2024-08-16 berita.rtm.gov.my HaiPress

Foto BERNAMA
KUANTAN,15 Ogos- Pelabuhan Kuantan dikenal pasti untuk dijadikan sebagai hab pelabuhan kapal persiaran membabitkan kawasan negeri Pantai Timur.
Cadangan itu ekoran kedudukan pelabuhan Kuantan yang terletak menghadap Laut China Selatan yang diyakini mampu menjadi lokasi titik tengah persinggahan kapal persiaran di samping melonjakkan industri pelancongan Pahang serta negeri-negeri di Pantai timur.
Menteri Pengangkutan,Anthony Loke berkata,bagi merealisasikan hasrat itu,terminal penumpang perlu diwujudkan bagi memberikan kemudahan kepada syarikat pengendali kapal persiaran itu berlabuh di Pelabuhan Kuantan.
"Di sebelah pantai timur,kita belum ada satu terminal penumpang yang khas. Seperti di pantai barat kita iaitu di Selat Melaka,kita ada Port Klang,Pulau Pinang ada Langkawi. Tetapi di sebelah pantai timur,belum ada yang khas."
"Kita lihat Pelabuhan Kuantan ini adalah lokasi paling strategik. Jadi,kita mungkin hanya perlu menaik taraf kemudahan kepada terminal penumpang," kata Anthony kepada pemberita,di sini hari ini.
Tambah beliau,Pelabuhan Kuantan juga boleh dijadikan sebagai lokasi transit kepada kapal persiaran daripada Singapura ke destinasi seperti Bangkok,Thailand dan juga Vietnam yang menggunakan laluan Laut China Selatan.
Anthony Loke ditemui selepas merasmikan Majlis Penutup Persidangan Antarabangsa Pelabuhan Kuantan 2024 di Sultan Ahmad Shah International Convention Center,Kuantan.
Turut hadir,Timbalan Menteri Pengangkutan,Datuk Hasbi Habibollah dan Pengerusi Lembaga Pelabuhan Kuantan,Tan Sri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur