2024-08-16 berita.rtm.gov.my HaiPress

Foto FB Menteri
GUA MUSANG,15 Ogos- Pengerusi Barisan Nasional (BN),Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi minta Pengundi di Nenggiri tidak terpedaya dengan janji pihak lawan.
Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri menjelaskan bahawa ia kerana masalah sedia ada seperti bekalan air bersih gagal diselesaikan sehingga kini.
Wakil rakyat yang sealiran dengan kerajaan MADANI diyakini mampu membawa suara dan memenuhi keperluan penduduk di Nenggiri.
"Individu yang boleh menyuarakan kehendak-kehendak Orang Asli ataupun peserta KESEDAR dan lain-lain adalah wakil rakyat yang mempunyai hubungan dengan kita."
"Oleh yang demikian,saya ingin memberitahu orang Nenggiri,insya-Allah apabila Awie (Mohd Azmawi Fikri) menang,Awie akan berkhidmat dengan baik," kata Zahid ketika berucap pada Majlis Temu Mata Bersama Masyarakat Meranto,di Pejabat Operasi KESEDAR Meranto.
Dalam pada itu,Datuk Seri Dr Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO berpuas hati dengan kesungguhan jentera sepanjang tempoh kempen.
"Saya rasa terdapat kelainan daripada segi kesungguhan dan komitmen rakan-rakan di Kelantan,Gua Musang khususnya. Ia termasuk juga dengan dan negeri lain yang terlalu banyak pengalaman dalam Pilihan Raya Kecil (PRK),Pilihan Raya Negeri (PRN) atau Pilihan Raya Umum (PRU)."
"Kini mereka berkampung di sini termasuk Setiausaha Agong BN serta seluruh kepimpinan peringkat pusat. Saya ucap terima kasih. Setakat ini berpuas hatidengan sumbangan dan kerja keras mereka," tambah Zahid.
PRK DUN Nenggiri Sabtu ini menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon BN,Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani dan Mohd Rizwadi Ismail daripada PAS.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur