2024-08-16 berita.rtm.gov.my HaiPress

Menteri Komunikasi,Fahmi Fadzil / Foto Fail
KUALA LUMPUR,16 Ogos - Jemaah Menteri merakamkan penghargaan kepada semua atlet kebangsaan yang terlibat dalam Sukan Olimpik Paris 2024 yang berakhir pada 11 Ogos lepas.
Menteri Komunikasi,Fahmi Fadzil yang juga jurucakap kerajaan berkata penghargaan itu diberikan dalam mesyuarat Jemaah Menteri,pada Rabu.
"Mesyuarat Jemaah Menteri merakamkan penghargaan buat pasukan dan atlet kebangsaan yang bertanding di temasya Olimpik Paris 2024 kerana telah berusaha sedaya-upaya mengharumkan nama negara dengan membawa pulang dua gangsa.
"Pada masa yang sama,Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) mengharapkan usaha yang telah diperoleh ini akan menjadi pembakar semangat dan meningkatkan lagi usaha pasukan di masa hadapan," katanya.
Malaysia mengakhiri kempen Sukan Olimpik Paris 2024 dengan meraih dua gangsa menerusi badminton perseorangan negara Lee Zii Jia dan beregu badminton negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik.
Di Paris 2024,Malaysia yang diwakili 26 atlet daripada sembilan jenis sukan telah mempamerkan keazaman yang tinggi dengan memecahkan tiga rekod kebangsaan selain lima atlet berjaya mengatasi catatan peribadi masing-masing.-BERNAMA
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur