2024-08-16 berita.rtm.gov.my HaiPress

Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Majlis Amanat Perdana Perkhidatan Awam ke-19 (MAPPA) di Putrajaya
PUTRAJAYA,16 Ogos - Kerajaan bersetuju agar Sistem Saraan Malaysia (SSM) digantikan kepada Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) berkuat kuasa 1 Disember 2024.
Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan keputusan tersebut setelah mengambil kira pelbagai faktor termasuk pertimbangan yang teliti dan berhemah.
Beliau berkata,SSPA merupakan satu pengiktirafan terhadap pengorbanan yang begitu besar kepada penjawat awam keseluruhan terutama ketika negara dilanda wabak COVID-19.
"SSPA yang dirangka ini bukanlah semata-mata hanya pembaharuan dan peningkatan dalam pendapatan boleh guna yang akan dinikmati oleh penjawat awam,namun ianya adalah satu sistem saraan yang berteraskan prestasi.
"Siapa yang cemerlang,akan dapat ganjaran,siapa gagal mempamer prestasi yang baik,akan dikenakan tindakan. Maka SSPA mesti diukur berdasarkan produktiviti dan sumbangan secara langsung kepada kecekapan dan capaian perkhidmatan awam di semua peringkat," katanya.
Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Amanat Perdana Perkhidatan Awam ke-19 (MAPPA),di sini.
Tambah Anwar,penjawat awam yang tidak menunjukkan prestasi kerja yang baik,sering tidak hadir ke pejabat tanpa kelulusan Ketua Jabatan tidak akan diberikan ganjaran.
Ini dilakukan selaras dengan hasrat untuk memastikan peningkatan produktiviti dalam perkhidmatan awam dan menjaga kesejahteraan pegawai,prinsip pemberian ganjaran berasaskan prestasi dan tatakelakuan diperkenalkan.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur