2024-08-16 berita.rtm.gov.my HaiPress

Anwar Ibrahim
PUTRAJAYA,16 Ogos- Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap sektor swasta meneliti semula mekanisme yang lebih sesuai untuk pemberian gaji munasabah kepada pekerja-pekerja.
Anwar berkata,langkah tersebut perlu bagi membantu mengurangkan beban kos sara hidup golongan berkenaan.
"(Pengumuman kenaikan gaji penjawat awam sebentar tadi) adalah mesej untuk pihak swasta (supaya) mengambil kira (gaji pekerja) kerana gaji minimum bagi penjawat awam kini sudah melebih RM2,000.
"Saya harap sektor swasta akan meneliti semula (gaji) supaya tekanan kepada rakyat,golongan pekerja itu dapat dikurangkan,dengan ada skim kenaikan gaji yang lebih munasabah,terutama syarikat-syarikat yang mencatat keuntungan besar. Tak ada sebab kenapa gaji kurang daripada RM2,000," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) ke-19 bertemakan 'Perkhidmatan Awam MADANI' di sini hari ini.
Menurut Anwar kenaikan gaji penjawat awam adalah untuk memberi pengiktirafan kepada mereka bukan hanya atas khidmat,tetapi prestasi penjawat awam harus diperbaiki dan dipertingkat.
Kenaikan gaji itu dilakukan melalui transformasi yang radikal dan peralihan yang besar memandangkan ia melibatkan soal kebertanggungjawaban,dan kenaikan itu melibatkan prestasi,bukannyatime-basedsemata-mata.
BERITA BERKAITAN
Pelarasan gaji penjawat awam dilaksana secara berfasa
Semakan semula gaji penjawat awam relevan,tepat masanya
SSM digantikan kepada SSPA berkuat kuasa 1 Disember 2024
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur