2024-08-16 berita.rtm.gov.my HaiPress

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh
MELAKA,16 Ogos - Kerajaan Negeri Melaka akan mengadakan perbincangan lanjut bersama-sama Negeri Sembilan dan Johor dalam masa terdekat bagi merealisasikan Koridor Ekonomi Anjung Selatan.
Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh optimis,apabila dilaksana kelak ia bakal memberi limpahan rezeki bukan sahaja kepada ekonomi negeri malah masyarakat setempat di ketiga-tiga negeri.
Perbincangan akan dilaksanakan melalui Unit Perancang Ekonomi (EPU) bagi memastikan usaha menambah baik sektor ekonomi di sempadan tiga negeri itu melengkapkan antara satu sama lain.
"Jadi sebut kawasan perbatasan atau persempadanan ini akan kita mulakan perbincangan daripada sudut ekonomi bermula bulan depan,jadi kita boleh lihat pelbagai pemikiran dan buah fikiran yang boleh diperbincangkan untuk masa depan ekonomi kawasan tersebut.
"Satu lagi kita juga merencanakan 5,000 ekar di utara Melaka ini dengan Negeri Sembilan kawasan industri baru,jadi kita juga akan mendapatkan limpahan ekonomi kawasan industri baru ini kepada kawasan sempadan Negeri Sembilan-Melaka. Jadi itulah kaedah yang dipanggil Koridor Ekonomi Anjung Selatan yang kita akan bincangkan lebih terperinci dengan Unit Perancang Ekonomi kepada tiga negeri ini ya," kata Ab Rauf.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas bersiaran dalam segmen 'Dak Rauf masuk konti' di konti Melakafm,Jalan Taming Sari.
Terdahulu,Abdul Rauf mengemukakan cadangan mewujudkan Koridor Ekonomi Anjung Selatan itu bertujuan menambah baik sektor ekonomi khususnya ekopelancongan dan perindustrian yang turut mendapat reaksi positif daripada Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun.
Dalam perkembangan lain Ab Rauf berkata,kemasukan percuma ke semua lokasi pelancongan di Melaka khusus untuk anak-anak Melaka bermula 24 Ogos hingga 31 Disember.
Ia sempena sambutan ulang tahun kelahiran Yang di-Pertua Negeri Melaka Tun Dr Mohd Ali Mohd Rustam.
Ab Rauf berkata,mereka yang ingin mendapatkan tiket percuma itu perlu mengisi borang disediakan di aplikasi Telegram khas Melaka,My Melaka News.
"My Melaka News di aplikasi Telegram dan masukkan nombor kad pengenalan,ada beberapa borang penyertaan dan kita akan hantar kod QR. Gunakan kod QR itu untuk pergi ke tempat tempat tarikan pelancong. Hanya seorang dapat menikmati satu tempat,dia boleh pilihlah," katanya lagi.
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur