2024-08-18 berita.rtm.gov.my HaiPress

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama),Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar
PUTRAJAYA,18 Ogos-Tanah perkuburan Islam di Kuala Lumpur dijangka mampu bertahan untuk pengebumian jenazah kira-kira empat hingga enam tahun lagi.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama),Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar berkata hukum dan fatwa yang baharu perlu dibincangkan sebagai penyelesaian kepada isu tanah perkuburan di Kuala Lumpur yang semakin kritikal terutamanya di kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi.
Jelasnya,Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) boleh melihat kaedah yang digunakan oleh negara jiran,Singapura dalam pengurusan tanah perkuburan dan jenazah meskipun mereka merupakan sebuah negara terkecil di rantau ini.
“Kita ada isu yang besar kawasan tanah perkuburan Islam yang terhad khususnya di kawasan bandar. Jadi sudah tentu ada kaitan bagaimana hendak selesaikan isu ini dan ia memerlukan pandangan-pandangan baharu dan mungkin fatwa yang baharu untuk diselesaikan.
“Pengalaman negara di luar terutama jiran kita Singapura iaitu negara yang kecil dan bagaimana mereka menguruskan jenazah jadi mungkin ada fatwa baharu dan ini tujuan kita ada konvensyen ini untuk mengambil iktibar dan pengalaman pengurusan bagi konteks JAWI,” katanya demikian kepada media selepas merasmikan penutupan Konvensyen Transformasi Tanah Perkuburan Islam dan Jenazah 2024 di sini pada Sabtu.
Tambahnya,pengurusan yang tidak efektif dan kos yang semakin meningkat juga menjadi cabaran semasa pengurusan tanah kubur dan jenazah.
Beliau turut memaklumkan JAWI telah diperuntukkan sebuah kawasan seluas 220 ekar di Semenyih untuk digunakan sebagai tanah perkuburan jenazah masyarakat Islam Kuala Lumpur
iCAUR Melakukan Kemasukan Strategik ke Asia Tengah: Mengumumkan Pelancaran Global V27 di UAE
Hefei Spring Festival Gala Sub-Venue: Understanding the City's “Union” Through Four Moments of Palms Meeting
Websea Lancar Seni Bina "Double Pool" Insurans Kontrak: Memulakan Era Baharu Pengurusan Risiko Terperinci
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Websea Naik Taraf Insurans Kontrak: Jaminan Menyeluruh Terhadap Risiko Dagangan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur