2024-08-18 berita.rtm.gov.my HaiPress

Foto RTM
KULIM,18 Ogos- Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri Kedah menjalankan siasatan terhadap penemuansatu tan metrik dipercayai sisa sarung tangan getah terpakai bersama bahan-bahan lain di sebuah tapak binaan kilang di Kulim,Kedah.
Pengarah Jabatan Alam Sekitar Kedah,Sharifah Zakiah Syed Sahab menerusi kenyataan berkata siasatan dijalankan bermula pada Sabtu berdasarkan aduan sebuah syarikat perunding yang menjalankan kajian teknikal di tapak tersebut.
Katanya,aduan diterima menerusi e-mel pada Jumaat lalu.
"Penyiasatan dan persampelan buangan selama enam jam bermula pada pukul 9.00 pagi tadi.Sampel-sampel berlainan jenis komposisi diambil dan dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia cawangan Pulau Pinang untuk dianalisis," kata kenyataan itu.
Tindakan lanjut akan diambil setelah keputusan analisis diterima.
Kes akan diserahkan kepada Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCORP) dan pihak Taman Teknologi Tinggi Kulim,sekiranya buangan adalah sisa pepejal.
Jika tercemar dengan buangan terjadual,kes akan diambil tindakan mengikut Akta Kualiti Alam Sekeliling,1974 (Pindaan 2024).
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur