2024-08-18 berita.rtm.gov.my HaiPress

Foto Hiasan
SINTOK,18 Ogos-Pengumuman berhubung pelarasan gaji penjawat awam yang bakal dilaksanakan secara berfasa Disember ini merupakan cerminan kepada keprihatinan kerajaan terhadap kebajikan penjawat awam.
Timbalan Dekan Ghazali Shafie Graduate School Of Goverment (GSGSG),Universiti Utara Malaysia (UUM),Prof. Madya Dr. Kamarul Azman Khamis berkata pengumuman tersebut memberi kelegaan kepada penjawat awam dalam mendepani kos sara hidup yang semakin mencabar.
Kamarul turut berkata pelarasan gaji yang diumumkan Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim,Jumaat lalu menjadi pemangkin dan semangat kepada para penjawat awam untuk terus mempertingkatkan perkhidmatan selain prestasi kerja lebih baik terhadap rakyat dan negara.
" Saya juga berharap agar kakitangan kerajaan dapat bekerja dengan penuh semangat,iltizam,tekad di dalam membantu merealisasikan impian.
"Ini juga merupakan kecaknaan,keprihatinan pemimpin bersama rakyat iaitu kerajaan menitikberatkan usahanya membantu rakyat,masyarakat khususnya kakitangan awam,pegawai-pegawai kerajaan di dalam menikmati insentif yang cukup baik ini",katanya demikian ketika ditemui RTM di sini.
Jumaat lalu,Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pelarasan gaji sebanyak 15 peratus secara berfasa kepada pegawai Kumpulan Pelaksana dan pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional,manakala pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi (KPT) pula sebanyak tujuh peratus.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur