2024-08-18 berita.rtm.gov.my HaiPress

Foto FB PM
KUALA LUMPUR,18 Ogos- Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan rasa syukur atas kemenangan calon Barisan Nasional (BN),Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani dalam PRK Dewan Negeri Nenggiri.
Menurut Datuk Seri Anwar dalam kenyataannya di Facebook,ia bukti rakyat Kelantan terima kesepakatan yang terhasil menerusi gabungan Perpaduan.
"Kemenangan ini juga adalah penzahiran kepercayaan rakyat yang semakin menyesuaikan diri dengan gelombang perubahan di bawah Kerajaan MADANI."
"Selaras dengan petanda lonjakan ekonomi negara yang kian mekar sejak akhir-akhir ini," kata Anwar dalam kenyataannya.
Tambahnya,ia juga menjadi suntikan moral bagi kerajaan untuk tekal dalam usaha memelihara kebajikan rakyat serta menjulang kemakmuran negara ke tahap tertinggi.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur