2024-08-18 berita.rtm.gov.my HaiPress

Foto Fail
IPOH,18 Ogos- Sebanyak 42 motosikal disita selain 301 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dalam Operasi Samseng Jalanan dan Operasi Khas Ekzos Bising di Kilometer 43 Jalan Teluk Intan-Sitiawan,Teluk Intan.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak,ACP Ahmad Adnan Basri berkata enam lelaki berusia antara 18 hingga 21 tahun turut ditahan kerana menunggang secara melulu dan merbahaya mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dalam operasi bermula pada pukul 11.00 malam hingga pukul 8.30 pagi tadi.
Beliau berkata operasi itu menumpukan kepada motosikal yang melakukan pengubahsuaian kenderaan sehingga menyebabkan gangguan bunyi serta mencegah samseng jalanan.
Ahmad Adnan berkata sebanyak 150 motosikal dan 21 kereta diperiksa melibatkan 211 pengguna jalan raya berumur antara 13 hingga 38 tahun.
"Kesalahan pengguna motosikal yang diperiksa adalah kesalahan aturan dengan 93 kes,nombor plat (82),tiada cermin sisi (41),ubah suai ekzos (34),tiada lesen memandu (28) dan Lesen Kenderaan Motor tamat tempoh (23)," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak turut mengeluarkan 15 notis dan 15 kompaun di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.- BERNAMA
USTEU will showcase its full scenario charging solution at ENERtec ASIA 2026 in Malaysia
GSF 2.0: Malaysia-Turkiye bekerjasama bawa pulang 29 rakyat Malaysia
Perhebat usaha diplomatik, bebas 29 rakyat Malaysia ditahan Israel
535 warga kerja sektor penyiaran dan komunikasi terima APC
RUU warga emas dibentang pada sesi parlimen akan datang
Wanita maut, anak parah dirempuh lori
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur