2024-08-18 berita.rtm.gov.my HaiPress

FOTO FAIL
JOHOR BAHRU,18 Ogos - Kes saman sivil RM30 juta membabitkan tujuh plaintif,berkaitan kes pencemaran Sungai Kim Kim,Pasir Gudang Johor masih diteruskan di Mahkamah Tinggi,Sivil,Johor Bahru.
Perbicaraan hari pertama melibatkan bapa kepada Irfan Wafiy Idham Wazir,17 tahun yang menafikan simptom yang dialami anaknya ketika tragedi pencemaran berkenaan enam tahun lalu berpunca daripada masalah kesihatan sewaktu kecil.
Idham Wazir A Wahab,53 tahun ketika di hadapan Hakim Datuk Seri Shamsulbahri Ibrahim berkata,ketika kejadian pertama anaknya mengadu mengalami sakit tekak,sukar bernafas dan menghidu bau kuat di sekolah.
Beliau menegaskan bahawa Irfan Wafiy tidak mempunyai masalah kesihatan berkaitan sawan semasa kecil dan hanya kekejangan akibat demam panas serta tidak berkait dengan simptom yang dialami mangsa ketika tragedi.
Bapa mangsa memaklumkan kesan daripada pencemaran itu juga menyebabkan beliau terpaksa memohon untuk berhenti kerja bagi membantu menjaga Irfan Wafiy sejak Mei 2019 oleh kerana tidak boleh mengambil cuti tanpa gaji dalam tempoh panjang.
Perbicaraan kes saman sivil terhadap 12 defenden termasuk Kerajaan Negeri Johor itu bersambung esok.
Idham Wazir bersama plaintif lain diwakili peguam Walter Pereira Datuk Kamarudin Ahmad dan Radiah Abd Karim.
Manakala pihak defendan diwakili Peguam Kanan Persekutuan,Muhammad Azzam Zainal Abidin,yang juga Penasihat Undang-Undang Negeri Johor.
Kejadian pencemaran sisa toksik pada Mac 2019 itu menjejaskan kesihatan lebih 2,000 orang awam dan menyebabkan 111 sekolah di Pasir Gudang ditutup dipercayai susulan pembuangan sisa toksik di Sungai Kim Kim,Pasir Gudang.
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur