2024-08-18 berita.rtm.gov.my HaiPress

Foto Facebook Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR,18 Ogos - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengucapkan tahniah kepada Paetongtarn Shinawatra atas pemilihannya sebagai Perdana Menteri Thailand.
Beliau berkata,pemilihan itu sekali gus mencipta sejarah Paetongtarn sebagai Perdana Menteri Thailand termuda dan wanita kedua memegang jawatan terpenting itu.
Anwar menerusi catatan Facebooknya berkata sebagai jiran rapat Malaysia dan Thailand berkongsi perkongsian penting dan berkekalan,dijalin dalam hubungan sejarah,budaya,dan ekonomi yang lama terjalin serta persaudaraan yang berakar umbi.
"Kerjasama mengejar keamanan dan pembangunan di selatan Thailand menawarkan faedah yang mendalam untuk komuniti di kedua-dua belah sempadan dan berharap dapat bekerjasama rapat dengan Paetongtarn untuk membuka potensi penuh hubungan dua hala," kata Perdana Menteri.
Dalam pada itu Anwar turut merakamkan penghargaan ikhlas kepada bekas Perdana Menteri Thailand Srettha Thavisin atas kepimpinannya yang berwawasan dalam mengukuhkan ikatan antara kedua-dua negara.
Paetongtarn,37 tahun,anak perempuan bongsu bekas Perdana Menteri Thaksin Shinawatra menerima titah bertulis Raja Vajiralongkorn pada majlis yang diadakan di ibu pejabat Pheu Thai pada pagi Ahad dua hari selepas dipilih Parlimen.
Perdana Menteri ke-31 negara itu menggantikan Srettha,yang dipecat daripada jawatan oleh Mahkamah Perlembagaan pada Rabu.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur