2024-08-18 berita.rtm.gov.my HaiPress

FOTO HIASAN
KUALA LUMPUR,17 Ogos- Ringgit dijangka kekal pada paras semasa 4.43 hingga 4.45 berbanding dolar US minggu depan dalam sentimen berhati-hati menjelang beberapa siri pengumuman oleh pegawai Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) mengenai ekonomi negara itu.
Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd,Dr Mohd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata pasaran akan tertumpu pada ucapan Pengerusi Fed Jerome Powell semasa Simposium Jackson Hole Jumaat depan.
“Pada keadaan semasa,semua data menunjukkan akan ada pemotongan kadar dalam mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan AS yang akan datang menjelang September. Isu utama adalah mengenai kuantum penurunan kadar serta keupayaan Fed untuk mendapatkan impak yang lebih stabil memandangkan perbincangan mereka akan memperlihatkan kemungkinan kemelesetan ekonomi AS,” katanya kepada Bernama.
Untuk minggu yang baru berakhir,ringgit diniagakan lebih baik dengan jangkaan pertumbuhan kukuh ekonomi Malaysia,yang mencatat pertumbuhan 5.9 peratus pada suku kedua,mengatasi unjuran. Ia mencecah semula paras 4.41 berbanding dolar US pada Rabu lepas,paras paling kukuh mata wang itu dalam 16 bulan.
Bagaimanapun,pada asas Jumaat ke Jumaat,ringgit susut kepada 4.4295/4350 berbanding dolar US daripada 4.4200/4280. Ringgit juga kebanyakannya diniagakan lemah berbanding mata wang utama lain.
Ia turun berbanding euro kepada 4.8680/8741 daripada 4.8253/8340,susut nilai berbanding pound British kepada 5.7167/7238 daripada 5.6373/6475 tetapi mengukuh berbanding yen Jepun kepada 2.9792/9833 daripada 3.0019/0075 yang dicatatkan dalam minggu sebelumnya.
Ringgit juga merosot berbanding mata wang ASEAN.
Ia jatuh berbanding dolar Singapura kepada 3.3582/3627 daripada 3.3381/3444 dan turun berbanding baht Thai kepada 12.6445/6656 daripada 12.5234/5514. Mata wang tempatan itu juga dilihat kurang bermaya berbanding peso Filipina kepada 7.74/7.75 daripada 7.71/7.73 dan melembap berbanding rupiah Indonesia kepada 282.2/282.7 daripada 277.5/278.2. -BERNAMA
iCAUR Melakukan Kemasukan Strategik ke Asia Tengah: Mengumumkan Pelancaran Global V27 di UAE
Hefei Spring Festival Gala Sub-Venue: Understanding the City's “Union” Through Four Moments of Palms Meeting
Websea Lancar Seni Bina "Double Pool" Insurans Kontrak: Memulakan Era Baharu Pengurusan Risiko Terperinci
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Websea Naik Taraf Insurans Kontrak: Jaminan Menyeluruh Terhadap Risiko Dagangan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur