2024-08-19 berita.rtm.gov.my HaiPress

Pengerusi DAP Pulau Pinang,Chow Kon Yeow
GEORGETOWN,19 Ogos- Pengerusi DAP Pulau Pinang,Chow Kon Yeow menjelaskan,beliau masih belum memutuskan sama ada akan bertanding atau tidak pada Pemilihan Jawatankuasa DAP Pulau Pinang yang akan diadakan pada September ini.
Menurutnya,perkara itu hanya boleh diketahui selepas tamat sesi penamaan calon bagi pemilihan parti itu nanti pada 22 Ogos ini.
"Saya pun tidak tahu dicalonkan atau tidak.Tunggu sehingga tamat sesi penamaan calon. Selepas itu,Pusat akan menghantar surat makluman kepada calon-calon yang layak.Selepas itu baru senarai calon-calon bertanding dikeluarkan",katanya demikian kepada media selepas merasmikan Food Bayana di sini.
Dalam pemilihan DAP Pulau Pinang tiga tahun lalu,Kon Yeow dipilih menjadi Pengerusi DAP negeri dengan undian tertinggi iaitu majoriti sebanyak 1,211 undi.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur