2024-08-19 berita.rtm.gov.my HaiPress

Foto Fail
KUALA LUMPUR,19 Ogos- Ringgit dibuka mendatar dalam persekitaran data ekonomi Malaysia bagi suku kedua 2024 yang lebih baik daripada jangkaan,menjelang jangkaan penurunan kadar faedah oleh Amerika Syarikat (AS),kata penganalisis.
Pada pukul 8.00 pagi,ringgit kekal tidak berubah pada 4.4295/4350 berbanding dolar AS daripada 4.4295/4350 pada Jumaat lepas.
“Pada minggu ini,tumpuan akan diberikan kepada Jackson Hole Symposium --perhimpunan tahunan pemimpin bank pusat global yang akan diadakan pada 22 hingga 24 Ogos di Wyoming,AS,” katanya kepada Bernama.
Selain itu,katanya data tuntutan pengangguran dan aktiviti ekonomi AS juga akan menjadi tumpuan pada minggu ini berikutan peniaga menunggu kenyataan daripada Pengerusi Rizab Persekutuan (Fed) AS Jerome Powell.
Sementara itu,ringgit diniagakan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.
Ia merosot berbanding yen Jepun kepada2.9931/9972 daripada 2.9792/9833 pada Jumaat lepas,susut berbanding euro kepada 4.8835/8896 daripada 4.8680/8741 minggu lepas dan berkurangan berbanding pound kepada 5.7344/7416 daripada 5.7167/7238 sebelum ini.
Pada masa yang sama,mata wang tempatan bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN,merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.3661/3702 daripada 3.3582/3627 pada Jumaat lepas dan berkurangan berbanding baht Thailand kepada 12.8013/8242 daripada 12.6445/6656 sebelum ini.
Ringgit tidak berubah berbanding peso Filipina kepada7.74/7.75 dan rupiah Indonesia kepada282.2/282.7 daripada minggu lepas.- BERNAMA
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur