2024-08-19 berita.rtm.gov.my HaiPress

FOTO FAIL
KUALA LUMPUR,18 Ogos - Ringgit dijangka kekal pada paras semasa 4.43 hingga 4.45 berbanding dolar Amerika minggu depan,berikutan sentimen berhati-hati menjelang beberapa siri pengumuman oleh pegawai Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS).
Menurut Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr. Mohd Afzanizam Abdul Rashid,pada keadaan semasa semua data menunjukkan akan ada pemotongan kadar dalam mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan Amerika Syarikat.
Isu utama adalah mengenai kuantum penurunan kadar serta keupayaan Rizab Persekutuan Amerika Syarikat bagi mendapatkan impak yang lebih stabil.
Ia memandangkan perbincangan mereka akan memperlihatkan kemungkinan kemelesetan ekonomi AS.
Untuk minggu yang baru berakhir ringgit diniagakan lebih baik dengan jangkaan pertumbuhan kukuh ekonomi Malaysia yang mencatat pertumbuhan 5.9 peratus pada suku kedua,mengatasi unjuran.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur