2024-08-19 berita.rtm.gov.my HaiPress

Foto Hiasan
KUALA LUMPUR,19 Ogos- Maybank Investment Bank menyemak naik unjuran ekonomi Malaysia tahun ini kepada 5.2 peratus,daripada anggaran yang 4.7 peratus dikeluarkan Mei lalu.
Semakan semula berdasarkan prestasi ekonomi memberangsangkan bagi tempoh enam bulan pertama yang tumbuh pada 5.1 peratus.
Bank pelaburan itu menerusi nota penyelidikannya memaklumkan unjuran pertumbuhan ekonomi bagi tahun 2025,kekal pada 5.1 peratus.
Semakan semula untuk tahun 2024,turut melibatkan pertumbuhan pembentukan modal tetap kasar,berasaskan pelaburan swasta lebih kukuh seterusnya akan menyumbang kepada peningkatan dalam sektor pembinaan.
"Unjuran naik itu turut mencerminkan realisasi pelaburan sektor swasta yang diluluskan sejak 2021."
"Ia mendorong kepada kerancakkan aktiviti pembinaan terutama dalam pembangunan bukan kediaman seperti kilang,pusat data dan taman perindustrian," kata kenyataan itu.
Prestasi dan prospek pertumbuhan pelaburan dan pembinaan juga disokong kemajuan projek infrastruktur yang sedang berjalan dan jangkaan pelancaran projek baharu.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur