2024-08-20 berita.rtm.gov.my HaiPress

Foto Hiasan
KUALA LUMPUR,20 Ogos- Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Mudah tunai dianggarkan sebanyak RM34.01 bilion dalam sistem konvensional dan RM19.86 bilion dalam dana Islam.
Hari ini,bank pusat akan menjalankan dua tender repo berbalik,terdiri daripada tender bernilai RM800 juta untuk 31 hari dan tender bernilai RM540 juta untuk 92 hari.
Selain itu,BNM menjalankan tender repo berbalik Islam bernilai RM770 juta bagi 31 hari.
BNM turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik,perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu dan tiga bulan.
Pada pukul 4.00 petang,BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM35.4 bilion dan RM20.6 bilion untuk tender semalaman Murabahah.- BERNAMA
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur