2024-08-20 berita.rtm.gov.my HaiPress

Foto REUTERS
GEORGE TOWN,20 Ogos-Malaysia mengambil langkah kawalan ketattermasuk mengadakan saringan di pintu masuk sempadan negara dalam mengesan individu yang berisiko dijangkiti mpox ataudahulunya dikenali sebagai cacar monyet,kataTimbalan Menteri Kesihatan,Lukanisman Awang Sauni.
Ia ekoranterdapat beberapa kematian yang dilaporkan di Thailand akibat virus berkenaan.
"Setakat ni proses yang kita lakukan adalah sama ketika pandemik..kita akan 'trigger anything' kepada agensi yang berkaitan terutama sekali di pintu masuk negara sekiranya ada keperluan.
"Kita telah mempunyai 'guidelines'…kita telah menguar-uarkan'guidelines' tersebut..semua langkah-langkah berjaga akan diambil oleh agensi yang berkenaan terutama sekali di pintu masuk imigresen,'airport' dan sempadan-sempadan kita," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Saintifik Kesihatan Sempadan Malaysia–Thailand yang ke-34 di sini.
Bukan sahaja pergerakan individuatau pelancong,malah urusan bekalan makananjuga akan menjadi fokus Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam menangani virus tersebut.
Antara simptom seseorang dijangkiti mpox ialah demam,keletihan,sakit kepala,lenguh tubuh badan,sakit urat,ruam dan bintik- bintik besar pada kulit.
Individu dan kanak-kanak yang mempunyai imuniti badan rendah berisiko dijangkiti virus berkenaan.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur