2024-08-20 berita.rtm.gov.my HaiPress

Menteri Pendidikan Tinggi,Fadhlina Sidek/ BERNAMA
PASIR MAS,20 Ogos- Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan menyediakan khidmat kaunseling kepada ahli keluarga guru,Istiqomah Ahmad Rozi yang dibunuh dengan kejam sebelum mayatnya ditemui pada 31 Disember lalu.
Menterinya,Fadhlina Sidek berkata,ketika ini ada kaunselor yang menyatakan komitmen untuk membantu keluarga tersebut terutama anak-anak Allahyarham.
Beliau berkata,selain kaunseling,pihaknya juga turut melihat keperluan lain seperti pencen dan kebajikan terhadap anak-anak mangsa.
Katanya,kejadian yang berlaku terhadap Istiqomah sangat memberi kesan kepada KPM kerana arwah seorang guru yang komited dan berdedikasi.
"Memang sudah ada kaunselor yang sudah memberikan komitmen,untuk melihat dan memberikan sokongan psikososial kepada keluarga ini. Kita harap ini berterusan dari aspek itu.
"Saya juga minta Ketua Pengarah untuk lihat sama ada,ada keperluan untuk kita terus dokong dan sokong,maknanya kaunseling itu secara berterusan khususnya untuk anak-anak yang bersekolah",katanyadalam sidang media selepas melawat keluarga Allahyarham Istiqomah yang juga seorang guru di Kampung Kubang Badak,Pasir Mas,Kelantan.
Fadhlina yang mewakili KPM turut menyampaikan salam takziah serta sumbangan kepada keluarga mangsa.
Sementara itu,suami arwah,Mohd Yusof Mokhtar meluahkan rasa syukur dan berterima kasih atas keprihatinan pihak kementerian atas bantuan dan sumbangan yang disampaikan dan orang ramai yang tidak putus mendoakan arwah isterinya.
Istiqomah,dilaporkan hilang di Kota Masai,Johor pada 27 Disember 2023 sebelum mayatnya ditemukan dalam keadaan tragis di Kampung Tanjung Rimau,Pulau Sebang,Alor Gajah,Melaka pada 31 Disember lalu.
BERITA BERKAITAN:
Bekas guru dituduh bunuh Istiqomah
Kes bunuh Istiqomah,tiada pengakuan direkodkan
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur