2024-08-20 berita.rtm.gov.my HaiPress

Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama rakan sejawatnya Narendra Modi pada sambutan rasmi di Rashtrapati Bhavan pada Selasa/ BERNAMA
NEW DELHI,20 Ogos- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim diberi sambutan rasmi di Istana Presiden Rashtrapati Bhavan di New Delhi bersempena kunjungan rasmi tiga hari ke India.
Beliau tiba di Istana Presiden pada 9.00 pagi dan disambut rakan sejawatan beliau,Narendra Modi.
Lagu Negaraku dan lagu kebangsaan India dimainkan sebelum Modi diperkenalkan kepada menteri kabinet negara ini.
Datuk Seri Anwar kemudian meletakkan kalungan bunga di Gandhi Smriti,Raj Ghat,pusara negara,Bapa Negara India,Mahatma Gandhi yang disemadikan pada 31 Januari 1948.
Beliau juga akan bertemu dengan Menteri Luar India dan seterusnya bersama Modi bagi pertemuan dua hala.
Tahun lalu,jumlah dagangan Malaysia dan India mencecah RM76.62 bilion (US$16.53 bilion),dengan Malaysia menikmati lebihan RM15.89 bilion (US$3.43 bilion).
Lawatan rasmi Perdana Menteri bagi mengukuhkan hubungan 67 tahun Malaysia-India dan mewujudkan agenda kerjasama pelbagai sektor untuk masa hadapan.
Turut mengiringi Perdana Menteri ialahMenteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan,Menteri Pelaburan,Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz,Menteri Pelancongan,Kebudayaan dan Kesenian Datuk Seri Tiong King Sing,Menteri Digital Gobind Singh Deo dan Menteri Sumber Manusia Steven Sim.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur