2024-08-22 berita.rtm.gov.my HaiPress

Datuk Seri Mohamad Sabu
KUALA LUMPUR,21 Ogos- Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu menggesa Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) mengambil tindakan segera bagi membantu mengatasi masalah kelaparan dan kebuluran yang melanda Palestin ketika ini.
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dalam kenyataan memaklumkan,gesaan Mohamad itu dibuat susulan krisis kemanusiaan dan keterjaminan makanan,terutama yang menjejaskan golongan kanak-kanak di Gaza
"Beliau turut memaklumkan inisiatif terkini yang telah diambil Malaysia dengan membawa 127 rakyat Palestin ke Malaysia untuk menjalani rawatan kesihatan atas dasar kemanusiaan," katanya.
Mohamad mengetuai delegasi Malaysia ke The Ninth Asia Pacific Economic Cooperation Food Security Ministerial Meeting (The 9th FSMM) di Trujillo,Peru pada 18 Ogos lepas.
KPKM berkata beliau mewakili Malaysia,yang merupakan satu daripada 21 ekonomi APEC di samping Amerika Syarikat,Australia,Brunei Darussalam,Chile,Republik Rakyat China,Filipina,Hong Kong,Republik Indonesia,Jepun,Kanada,Republik Korea,Mexico,New Zealand,Papua New Guinea,Peru,Rusia,Singapura,Chinese Taipei,Thailand dan Vietnam yang telah hadir ke mesyuarat berkenaan.
Menteri Pertanian dan wakil Menteri daripada ekonomi APEC telah merumus dan mempersetujui dokumen Trujilo Principles for Preventing and Reducing Food Loss and Waste (Trujilo Principles) serta Deklarasi Menteri Pertanian Ekonomi APEC Trujilo berhubung isu keterjaminan makanan.
Dokumen Trujilo Principles memberi panduan kepada 21 ekonomi APEC dalam usaha menyokong pembangunan mampan sistem makanan,dan komitmen memulihara alam sekitar bagi mencapai Matlamat Pembangunan Mampan 2030 (SDG).
Dokumen berkenaan merupakan pelengkap kepada dokumen Food Security Roadmap Towards 2030 yang dibangunkan pada tahun 2021 semasa The 6th FSMM.
"Mohamad telah menyatakan sokongan penuh Malaysia terhadap dokumen Trujilo Principles serta penghargaan kepada semua ekonomi APEC atas usaha kolektif dalam memuktamadkan dokumen tersebut semasa mesyuarat tahun ini," tambah kenyataan itu.
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur