2024-08-22 berita.rtm.gov.my HaiPress

Waktu operasi Stesen LRT Bukit Jalil akan dilanjutkan sehingga pukul 1.00 pagi Ahad sempena Perlawanan Akhir Piala FA / Foto Hiasan
KUALA LUMPUR,22 Ogos – Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) akan melanjutkan waktu operasi Stesen LRT Bukit Jalil pada malam 24 Ogos sehingga pukul 1.00 pagi Ahad sempena Perlawanan Akhir Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Rapid Rail memaklumkan,bagi memastikan kelancaran pergerakan penumpang,tren tambahan akan disediakan sejurus tamat perlawanan bagi keselesaan penumpang untuk pulang ke destinasi masing–masing.
"Stesen-stesen lain akan menamatkan operasi seperti biasa,bagaimanapun para penumpang masih boleh keluar dari stesen berkenaan bagi meneruskan perjalanan.
"Semua stesen-stesen pertukaran rel turut dilanjutkan waktu operasi bagi membolehkan penumpang meneruskan perjalanan ke destinasi akhir," menurut Rapid Rail menerusi kenyataan.
Penumpang juga disaran untuk menggunakan kad Touch ‘n Go bagi menikmati perjalanan yang lebih lancar dan mengelakkan kesesakan ketika masuk dan keluar stesen.
"Bagi pengguna token,digalakkan untuk membeli token pergi dan balik sebelum keluar dari stesen. Rapid Rail juga menyarankan penumpang untuk menggunakan fasiliti parkir Park N’ Ride yang terdapat di stesen-stesen LRT dan MRT terpilih," kata Rapid Rail.
Tambah Rapid Rail,sejumlah 18,680 ruang parkir kereta disediakan bagi penumpang yang ingin menggunakan perkhidmatan tren untuk ke stadium.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur