2024-08-22 berita.rtm.gov.my HaiPress

Raja Permaisuri Agong,Raja Zarith Sofiah dipersembahkan dengan hibrid baharu orkid species Vanda dengan nama Vandachostylis Queen Zarith Sofiah ketika berkenan mencemar duli menyempurnakan perasmian Floria Diraja Putrajaya 2024 di Putrajaya / Foto Bernama
PUTRAJAYA,22 Ogos - Raja Permaisuri Agong,Raja Zarith Sofiah hari ini berkenan menyempurnakan perasmian Floria Diraja Putrajaya 2024.
Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda disambut isteri Perdana Menteri,Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr. Zaliha Mustafa.
Pada majlis itu,Raja Zarith Sofiah dipersembahkan dengan hibrid baharu orkid species Vanda yang dinamakan '’Vandachostylis Queen Zarith Sofiah'” sebagai kenang-kenangan daripada Perbadanan Putrajaya (PPj).
Penganjuran Floria Diraja Putrajaya kali ke-13 anjuran PPj dengan sokongan Jabatan Wilayah Persekutuan,bertemakan "Raikan Bersama" dibuka kepada pengunjung bermula hari ini sehingga 1 September.
Bunga Petunia dipilih sebagai tema Floria Diraja Putrajaya 2024 kerana keunikan struktur pertumbuhan,keindahan warna kelopak bunganya yang cantik dan menjurai dapat menyuntik elemen estetika seumpama menerangi dan menceriakan para pengunjung.
Penganjuran Floria Diraja turut menyumbang kepada penzahiran model C.H.A.S.E City (clean,healthy,advanced,safe and eco-friendly city) terutama di Putrajaya.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur