2024-08-22 berita.rtm.gov.my HaiPress

Bursa Malaysia dibuka hampir tidak berubah pada Rabu,mencerminkan prestasi hambar di Wall Street dalam tempoh semalaman / Foto Hiasan
KUALA LUMPUR,21 Ogos - Bursa Malaysia dibuka hampir tidak berubah pada Rabu,mencerminkan prestasi hambar di Wall Street dalam tempoh semalaman.
Pada pukul 9.11 pagi,FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 0.37 mata kepada 1,642.40 daripada 1,642.77 ketika ditutup semalam.
Indeks itu dibuka 1.05 mata lebih rendah kepada 1,641.72.
Bagi keseluruhan pasaran,kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 209 berbanding 169 manakala 280 kaunter kekal tidak berubah,1,822 kaunter tidak diniagakan dan tujuh yang lain digantung.
Jumlah dagangan mencecah 154.74 juta unit bernilai RM121.03 juta.
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd,Thong Pak Leng berkata bursa tempatan diyakini masih mempunyai ruang untuk berada dalam aliran lebih tinggi,kerana jualan semalam tidak akan berlanjutan.
“Walaupun jumlah dagangan harian kekal rendah,kami percaya hala tuju pasaran bertambah baik,dan kami menjangkakan aktiviti dagangan meningkat dari semasa ke semasa.
“Bagi hari ini,kami menjangkakan indeks bergerak dalam julat 1,640 hingga 1,650," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata memandangkan musim pelaporan pendapatan korporat masih belum berakhir,prestasi kewangan yang dilaporkan setakat ini adalah memuaskan,dengan hasil positif seterusnya dijangkakan daripada bank dan syarikat telekomunikasi.
Antara saham berwajaran tinggi,CIMB Group meningkat 9.0 sen kepada RM7.94,Maybank turun 2.0 sen kepada RM10.58,Public Bank berkurang 3.0 sen kepada RM4.64,dan Tenaga Nasional merosot 10 sen kepada RM13.90 manakala IHH Healthcare kekal pada RM6.32.
Antara saham aktif,MY E.G. Services naik 4.5 sen kepada 95 sen dan Bina Puri menambah 1.0 sen kepada 39.5 sen.
Sementara itu,Cape EMS turun 0.5 sen kepada 39.5 sen,YTL Power susut 8.0 sen kepada RM3.78,dan Wentel Engineering kekal pada 33.5 sen.
Di papan indeks,Indeks FBM Emas meningkat 10.88 mata kepada 12,440.65,Indeks FBMT 100 naik 9.11 mata kepada 12,097.72,Indeks FBM Emas Syariah bertambah 3.93 mata kepada 12,363.11 dan Indeks FBM 70 menokok 57.47 mata kepada 17,970.11.
Bagaimanapun,Indeks FBM ACE turun 0.22 mata kepada 5,329.37.
Mengikut sektor,Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 36.05 mata kepada 19,233.20 manakala Indeks Produk dan Perkhidmatan Industri menambah 0.28 mata kepada 181.88.
Indeks Tenaga menurun 1.63 mata kepada 932.92,dan Indeks Perladangan kurang 0.41 mata kepada 7,145.74.-BERNAMA
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur