2024-08-22 berita.rtm.gov.my HaiPress

Inisiatif dan dasar di bawah kerangka Ekonomi MADANI berhasil membawa Malaysia keluar daripada cabaran pandemik / Foto Hiasan
KUALA LUMPUR,21 Ogos - Inisiatif dan dasar di bawah kerangka Ekonomi MADANI berhasil membawa Malaysia keluar daripada cabaran pandemik.
Pengarah Penyelidikan Khazanah Research Institut,Hawati Abdul Hamid berkata negara berupaya menangani impak ketidaktentuan global seperti dibuktikan menerusi beberapa petunjuk positif.
"Dari segi peningkatan siling contohnya kita lihat semakin positif terutamanya dari segi kemasukan pelaburan,penciptaan pekerjaan untuk rakyat.
"Saya rasa perkara-perkara ini lah yang akan membantu taraf hidup rakyat dan pada masa sama kerajaan juga cuba untuk serap kesan daripada penstrukturan yang dilakukan kerajaan menerusi dasar-dasar sosial seperti bantuan tunai,subsidi dan sebagainya," katanya.
Tambah Hawati,masih banyak penambahbaikan yang perlu diberi perhatian untuk mencapai tujuh matlamat Ekonomi MADANI antaranya,mempelbagaikan lagi aktiviti ekonomi serta rakan dagangan agar tidak tertumpu kepada pasaran tertentu.
Langkah tersebut katanya akan menjadi penampan kepada sebarang risiko dan ketidaktentuan masa hadapan terhadap ekonomi negara.
Selain mempergiat pemerkasaan pasaran buruh dalam menghadapi peralihan teknologi dan keperluan kemahiran akan datang.
USTEU will showcase its full scenario charging solution at ENERtec ASIA 2026 in Malaysia
GSF 2.0: Malaysia-Turkiye bekerjasama bawa pulang 29 rakyat Malaysia
Perhebat usaha diplomatik, bebas 29 rakyat Malaysia ditahan Israel
535 warga kerja sektor penyiaran dan komunikasi terima APC
RUU warga emas dibentang pada sesi parlimen akan datang
Wanita maut, anak parah dirempuh lori
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur