2024-08-22 berita.rtm.gov.my HaiPress

Foto Hiasan
KUALA LUMPUR,21 Ogos-Ringgit diunjur terus kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS),didorong pelonggaran dasar monetari daripada bank pusat utama dan perbezaan kadar faedah positif berterusan.
Ketua Ekonomi Malaysia Rating Corporation Bhd (MARC),Ray Choy berkata,trajektori pengukuhan itu seterusnya menyumbang kepada peningkatan kedudukan ekuiti pelabur asing di Malaysia dan pegangan asing dalam bon kerajaan.
"Penyumbang utama yang telah menyokong pergerakan ringgit tentunya jangkaan perbezaan dalam kadar faedah.
"Jadi kami telah pun membuat unjuran mengenainya sehingga tahun depan..seperti yang anda boleh lihat,perbezaan kadar faedah positif diramal kekal berterusan sehingga 2025," katanya pada sesi Tinjauan Ekonomi dan Pasaran yang diadakan secara maya.
Jelasnya,penurunan berterusan dalam Indeks Dolar AS turut menyumbang kepada kenaikan ringgit.
Ini menjadikannya unit tempatan itu sebagai mata wang serantau terbaik setakat ini.
Pergerakan mata wang juga bukti asas ekonomi negara yang kukuh,disokong prospek serantau dan domestik yang berdaya tahan.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur