2024-08-22 berita.rtm.gov.my HaiPress

Amazon Web Services (AWS) megumumkan komitmen pelaburan jangka panjang berjumlah RM29.2 bilion di Malaysia sehingga tahun 2038 / Foto Hiasan
KUALA LUMPUR,22 Ogos - Amazon Web Services (AWS) mengumumkan komitmen pelaburan jangka panjang berjumlah RM29.2 bilion di Malaysia sehingga tahun 2038.
Ini seiring pelancaran AWS Asia Pacific (Malaysia) Region yang menawarkan pilihan lebih meluas dalam penggunaan aplikasi dan perkhidmatan kepada pengguna akhir.
Pembinaan dan operasi wilayah infrastruktur baharu itu dijangka menambah kira-kira RM57.3 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia.
Selain itu menyokong lebih 3,500 pekerjaan sepenuh masa hingga 2038.
Ini termasuk pembinaan,kejuruteraan,telekomunikasi yang akan menjadi sebahagian daripada rantaian bekalan AWS di negara ini.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur