2024-08-22 berita.rtm.gov.my HaiPress

Malaysia berjaya meraih nilai jualan RM635 juta pada Pameran Udara Antarabangsa Farnborough (FIA) 2024 di United Kingdom
KUALA LUMPUR,22 Ogos - Malaysia berjaya meraih nilai jualan RM635 juta pada Pameran Udara Antarabangsa Farnborough (FIA) 2024.
Jumlah itu meningkat 11.05 peratus berbanding edisi sebelumnya.
Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE),Datuk Mohd Mustafa Abdul Aziz menerusi kenyataan memaklumkan prestasi kukuh di pameran berkenaan menunjukkan daya saing syarikat aeroangkasa Malaysia.
Jelasnya,pemintaan bagi produk aeroangkasa tempatan menunjukkan trend peningkatan.
Eksport bagi produk berkenaan tumbuh 7.8 peratus kepada RM2.95 bilion bagi enam bulan pertama tahun ini,berbanding tempoh sama tahun lalu.
Bahagian pesawat atau helikopter merupakan eksport utama,merangkumi 78.8 peratus daripada nilai eksport.
Sementara itu,132 mesyuarat perniagaan telah dianjurkan antara syarikat tempatan dan pembeli asing pada FIA 2024.
Pameran yang berlangsung di United Kingdom pada 22 hingga 26 Julai itu turut disertai 15 pempamer tempatan.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur