2024-08-23 berita.rtm.gov.my HaiPress

Foto IG Tengku Mahkota Pahang,Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah
KUANTAN,22 Ogos- Kira-kira 2,000 rakyat Pahang memenuhi Dataran Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) Satu dan Tasik Kotasas bagi menyaksikan secara langsung Majlis Akad Nikah anakanda Sultan Pahang,Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah bersama pasangannya FD Idzham FD Iskandar.
Istiadat perkahwinan diraja yang berlangsung di Istana Abdul Aziz itu,disiarkan secara langsung menerusi skrin layar di dua lokasi berkenaan untuk tontonan rakyat.
Meskipun hujan,orang ramai mula memenuhi dataran berkenaan seawal pukul 6.30 petang untuk tidak melepaskan peluang menyaksikan istiadat perkahwinan diraja itu.
Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah bersama pasangannya FD Idzham FD Iskandar,dinikahkan oleh Mufti Negeri Pahang,Prof. Dato' Dr Asmadi Mohamed Naim di Balai Mahkota Istana Abdul Aziz.
Selesai istiadat akad nikah,Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Riayatuddin Al Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang,Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan Tengku Mahkota Pahang,Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah turut berkenan melakukan upacara merenjis kepada kedua mempelai.
Turut hadir pada istiadat akad nikah,anakanda-anakanda Baginda Sultan Pahang,kerabat diraja Pahang serta Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan isteri.
Istiadat perkahwinan akan diteruskan esok dengan Istiadat Berinai dan Istiadat Persandingan akan diadakan pada Ahad.
Semua istiadat akan disiarkan secara langsung melalui dua layar besar yang disediakan di Dataran Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) Satu dan di Tasik Kotasas.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur