2024-08-23 berita.rtm.gov.my HaiPress

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar
SERDANG,23 Ogos - Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan dipilih sebagai tuan rumah bagi Kejohanan Liqa’ iMahabbah atau kejohanan sukan yang disertai 14 buah Jabatan Mufti Negeri-Negeri di Malaysia.
Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar,kejohanan kali ketiga itu merupakan satu wadah dalam usaha menyatupadukan semua warga Jabatan Mufti setiap negeri melalui kejohanan sukan.
"Semoga kesatuan yang dibina dalam platform sukan Liqa’ iMahabbah kali ini akan membawa mahabbah dalam konteks muzakarah dan perbincangan sahibus samahah mufti-mufti. Jadi dengan perbincangan dan kesatuan ini kita harapkan agar segala permasalahan yang dihadapi masyarakat.
"Ini kerana masyarakat ini mengharapkan sangat pandangan hukum daripada mufti-mufti,jadi insya-Allah dengan kesatuan yang kita bina melalui platform Liqa’ iMahabbah ini akan memberikan kekuatan,kesatuan dan institusi kefatwaan di Malaysia ini akan dapat diperkukuhkan," kata Dr Na’im.
Beliau ditemui pemberita pada Majlis Perasmian Liqa’ Mahabbah jabatan dan juga pejabat mufti seluruh negara di Universiti Putra Malaysia (UPM),Selangor malam tadi.
Kejohanan sukan yang melibatkan penyertaan hampir 600 peserta tersebut akan berlangsung di Universiti Putra Malaysia (UPM) bermula pada hari ini dan akan berakhir pada 26 ogos depan
Menurut Dr Na’im,melalui penganjuran Liqa’ Mahabbah ini juga dapat mengajak pegawai dari jabatan mufti untuk sentiasa menjadikan aktiviti kecergasan dan juga sukan sebagai rutin harian.
Jelasnya,aktiviti bersukan itu juga penting bagi membantu masyarakat supaya dapat menunaikan ibadah secara lebih baik serta bekerja di pejabat dengan gembira dan ceria.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur