2024-08-23 berita.rtm.gov.my HaiPress
FOTO REUTERS
ALOR SETAR,23 Ogos - Tahukah anda di sebalik tarikh keramat 31 Ogos 1957,secara kebetulan berlaku fenomena luar biasa di angkasa lepas?
Pada waktu itu kedudukan beberapa objek cakerawala iaitu planet Marikh,Utarid,Musytari,Zuhrah,Neptun,Zuhal,buruj Virgo serta bulan dan matahari berada dalam keadaan hampir sebaris atau sejajar pada langit barat Tanah Melayu.
Penggiat astronomi Mohamad Redzuan Tahar,41,berkata fenomena yang berlaku pada tarikh kemerdekaan negara itu sangat menakjubkan dan dilihat boleh menjadi pemangkin dalam meningkatkan minat masyarakat terhadap bidang astronomi,selain mengetahui lebih lanjut sejarah di sebalik tarikh kemerdekaan negara.
“Di sebalik tarikh keramat 31 Ogos 1957,secara kebetulan berlaku fenomena luar biasa di angkasa lepas pada waktu itu apabila kedudukan beberapa objek cakerawala berada sebaris.
“Mufti Pulau Pinang pertama,Allahyarham Sheikh Abdullah Fahim yang juga datuk kepada Perdana Menteri Kelima,Tun Abdullah Ahmad Badawi ialah tokoh falak yang telah mencadangkan tarikh 31 Ogos 1957 sebagai tarikh kemerdekaan Tanah Melayu,” katanya ketika dihubungi di sini baru-baru ini.
Katanya selepas membaca artikel berkenaan Allahyarham Sheikh Abdullah Fahim,beliau telah melayari aplikasi Stellarium dan Sky Safari dan kembali kepada tarikh 31 Ogos 1957.
“Sangat mengujakan apabila mendapati objek cakerawala seperti planet Marikh,bulan,matahari dan buruj Virgo berada dalam keadaan hampir sebaris atau sejajar pada langit barat Tanah Melayu ketika itu,” katanya.
Menurut Mohamad Redzuan,sebagai peminat bidang astronomi,beliau turut berasa amat kagum dengan kepakaran Allahyarham Sheikh Abdullah mentafsir kedudukan objek cakerawala ketika itu.
Beliau yang meminati bidang astronomi sejak berusia 12 tahun berkata ilmu pengetahuan yang dimiliki Allahyarham Sheikh Abdullah sangat luar biasa memandangkan kelengkapan dan peralatan astronomi ketika itu tidak semaju sekarang.
“Saya berharap perkara ini akan mencetus minat orang ramai dengan setiap aktiviti berkaitan sains dan teknologi serta astronomi,” katanya yang merupakan lulusan Sarjana Muda kejuruteraan Komputer di Rensselaer Polytechnic Institute (RPI),Amerika Syarikat dan Sarjana Sains Fizik di Universiti Malaya,Kuala Lumpur. - BERNAMA
Ringgit terus meningkat berikutan ketidaktentuan tarif
Niaga hadapan emas terus meningkat susulan jangkaan potongan kadar faedah Fed
Indeks harga seunit besi catat penurunan pada Mei 2025 - DOSM
Sarawak sedia beralih ke pembelajaran digital
HAWANA 2025 buka tirai hari ini
Masjid Putra anjur majlis tahlil buat mangsa kemalangan UPSI di Gerik
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur