2024-08-23 berita.rtm.gov.my HaiPress

Foto Facebook Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pulau Pinang
NIBONG TEBAL,23 Ogos - Cubaan sekumpulan warga asing meloloskan diri tidak berjaya apabila pasukan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pulau Pinang terlebih dahulu mengepung mereka malah ada dalam kalangan anggotanya berada di situ lebih awal secara penyamaran.
Mereka sebelum itu sedang bekerja di sebuah restoran dan sebuah premis barangan lusuh di Sungai Bakap di sini,bertindak melarikan diri apabila menyedari kehadiran pasukan itu,semalam.
Menurut JIM Pulau Pinang menerusi hantaran Facebook,seramai 17 orang pekerja di dua premis tersebut telah diperiksa sebelum lima lelaki dan empat wanita warga Myanmar ditahan,berusia 25 hingga 38 tahun.
"Kes itu disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan kesemua yang ditahan telah dihantar ke Depot Imigresen Juru,Bukit Mertajam untuk siasatan lanjut," menurut jabatan itu.
Siasatan dan tindakan lanjut ke atas pemilik perniagaan yang menggaji pekerja asing tanpa izin itu sedang dijalankan.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur